October 07, 2010

pandir oh pandir

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.
Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)
Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?
Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

No comments:

Post a Comment