February 26, 2011

suatu hari dalam hidup iskandar

alkisah bermula dari suatu petang yang sunyi, iskandar masih sedang enak berdengkur sambil lagu ahmad dhani-munajat cinta berputar tanpa henti tiba2 dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari kawannya bernama borhan yang menyatakan bahawa dia mendapat satu perkerjaan yang bergaji lebih dari 5ribu di bandaraya metropolitan durjana.. tanpa berlengah lagi, iskandar dan rakannya, henri bersetuju utk ke sana dan menjalani kehidupan alam baru yang penuh dgn maksiat.

sesampainya disana, iskandar dan henri terus ke sri damansara utk merehatkan diri yang penat mengharungi laluan jalanraya.. menginap di apartment kepunyaan rakan mereka, adalismo,pinkosos,khairul dan hiblis.. iskandar dan henri disambut mesra oleh mereka.. oh kerja, hari keesokkannya,mereka di interview.. sungguh berdebar pada mulanya kerana sudah lama mereka tidak mengalami aktiviti interview secara formal.. setelah tamat interview, iskandar dan henri terus mencari kedai makanan kerana terlalu lapar dan x sanggup utk makan apa2 sebelum menjalani interview itu.


Setelah berhari-hari menunggu jawapan daripada syarikat itu,akhirnya iskandar dan henri berjaya mendapatkannya dan terus membuat parti liar berkonsepkan buah-buahan.. walaupun family iskandar kurang membenarkan iskandar utk ke sana kerana terlalu menyayanginya tetapi iskandar berjaya memujuk keluarganya.. oh begitu indah dunia.. sekali lagi diuji, tersesat, terperangkap, terhanyut.



oh dunia,teruskan hidup dengan ceria.. susah dahulu senang kemudian.. iskandar mengharapkan dirinya sentiasa mengingati pesanan keluarganya dan tidak mengalami sebarang kejutan-kejutan.. 

1 comment: